Sabtu, 28 Disember 2019

SK Pengkalan Baharu 2020

Menjelang tahun 2020 beberapa hari lagi, sekolah ini masih lagi bergelut dengan masalah bangunan lama yang tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.


2019 menjelangnya 2020. Bilangan taman perumahan di sekitar Pengkalan Baharu semakin bertambah.


Taman Raia Kemasik, Pengkalan Baharu di seberang jalan SK Pengkalan Baharu yang telah siap dibina. Masjid Ar rahmaniah baru yang dibina semula di atas tapak lama. Lebih besar, lebih selesa dan lebih banyak fungsi. Jika ada sesiapa hartawan yang sudi berwakaf tanah disekeliling sekolah tu kepada pihak sekolah, alangkah bagusnya.
Pengkalan Baharu juga memerlukan sekolah menengah dan sekolah agama. Kalaulah aku jutawan.


Tahun 2020, taman perumahan naik mencanak-canak, SK Pengkalan Baharu masih berwajah lama. Sedikit perubahan iaitu terbinanya kelas pra sekolah di sebelah kiri bawah menggantikan reruntuhan rumah-rumah guru yang menyeramkan.

Selasa, 8 Februari 2011

SK. PENGKALAN BAHARU


Terletak di Pengkalan Baharu (Timur) iaitu di pesisir Jalan Gopeng


Lokasi SK. Pengkalan Baharu, Pengkalan Baharu, 31300 Sungai Raia, Perak Darul Ridzuan

SEJARAH
Sekolah ini telah terbina sejak 1900 lagi. Ketika itu dikenali sebagai Sekolah Melayu Pengkalan Baharu. Terletak di atas tanah wakaf Toh Sadewa iaitu orang kaya Sungai Raia (Sungai Raya). Toh Sadewa merupakan tokoh yang bertanggung jawab memindahkan orang-orang Kampung Pengkalan Sungai Raia di tebing Sungai Raia ke petempatan baru dan dipanggil Kampung Pengkalan Baharu Sungai Raia dan akhirnya terkenal dengan nama Pengkalan Baharu sahaja. Toh Sadewa merupakan tokoh pelombong bijih timah yang berjaya di sekitar Mukim Sungai Raia. Baru-baru ini, keturunan tokoh ini yang tidak bertanggung jawab telah menjual tanah leluhurnya yang menempatkan tapak sekolah ini kepada seorang pengusaha bangsa Cina. Konflik timbul disebabkan oleh pewakafan tapak sekolah ini tidak didaftarkan oleh Pejabat Agama Perak disebabkan oleh pewakafan secara lisan sahaja. Bandar Sungai Raia yang meliputi Pekan Kampung Kepayang dan Pekan Simpang Pulai semakin maju berikutan pembinaan lebuhraya Timur Barat antara Simpang Pulai - Kuala Berang.

Kedudukan bangunan-bangunan SK. Pengkalan Baharu

Istana Kelawar dan rumah guru merupakan bangunan asal sekolah ini yang telah terbina sejak penjajahan British lagi. Sayangnya, bangunan guru B telah runtuh kerana tidak dipulihara dan digunakan.



VISI DAN MISI SK. PENGKALAN BAHARU
VISI


Membudayakan SK Pengkalan Baharu ke arah meningkatkan komitmen, kepimpinan dan kecemerlangan pelajar.


MISI

Ä Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, rohani, dan jasmani agar menjadi warga yang berguna.

Ä Melahirkan pelajar yang berkeinginan dan berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat, agama dan negara.

Ä Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber sebagai satu sistem bagi mencapai matlamat objektif kurikulum.

Ä Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menuju ke arah falsafah dan matlamat negara.

Ä Membina persekitaran sekolah yang kondusif, bersih, ceria dan sejahtera.




LAGU SEKOLAH SK. PENGKALAN BAHARU


Sekolah Kebangsaan kita
Pengkalan Baharu namanya
Budaya ilmu dedikasi
Bersatu dalam harmoni

Menuju ke arah wawasan
Sukan serta Pelajaran
Bersamalah kita jayakan
Usaha doa pentingkan

Disiplin tetap utama
Sopan santun nilai murni
Curah bakti jasa mulia
Guru tetap dihormati

Sekolah Kebangsaan kita
Warisan bangsa merdeka
Ilmu penyuluh hidup kita
Usaha sehingga jaya
Usaha sehingga jaya


INFO TERKINI

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu memiliki 164 pelajar lelaki dan 144 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 308 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.

Telefon = 6053576199
Fax = 6053577962